.

 

Slide 1

Keluarga En Wahid

En Wahid Anuar adalah seorang pekerja kilang di Tasek, Ipoh. Apabila Covid 19 melanda Malaysia pada tahun 2020, beliau telah diberhentikan kerja disebabkan kilangnya terpaksa mengurangkan pekerja.

Keadaan ini menyebabkan En Wahid Anuar dan isterinya sangat tertekan. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk menjual bihun sup secara kecil-kecilan dari rumah untuk meneruskan kehidupan.

Walau bagaimanapun, hasil jualannya tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga. Apatah lagi, kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun.

DLM amat bersimpati dengan dengan nasib yang beliau alami. Setelah menemuduga dan menyiasat latar belakang beliau, DLM berhasrat untuk menghulurkan pertolongan kepada seisi keluarga En Wahid Anuar.

Dengan komitmen dan bantuan yang Tuan/Puan hulurkan, En Wahid Anuar akan mampu berdikari selepas itu dengan program yang dilaksanakan oleh DLM, InsyaAllah. Sekali lagi, DLM ucapkan jazaakumullahu khairan katsira.

Slide 1

Keluarga En Ainurizam

En Ainurizam bersama isteri tinggal di Ipoh amat memerlukan bantuan dari Tuan dan Puan serta sahabat-sahabat DLM. Beliau telah tidak dapat bekerja sejak Ogos 2008 atas masalah kesihatan yang meruncing. Beliau menerima rawatan radiotherapy cancer hidung (nasopharyngeal cancers, NPC) yang mengakibatkan banyak organ yang tak berfungsi lagi secara kekal. Beliau kerap mengalami sakit telinga dan tulang belakang. Beliau sukar untuk bertutur, penglihatan dan pendengaran beliau juga terjejas. Kaki beliau tidak sekuat dahulu dan perlu menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau juga menghidap penyakit diabetes yang teruk yang menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Beliau memaklumkan yang diabetes beliau terkawal disebabkan beliau rajin mengambil ubat, Alhamdulillah.

En Ainurizam yg pernah bekerja sebagai jurutera dgn syarikat swasta tidak mendapat sebarang pencen ilat dan beliau amat memerlukan bantuan untuk menyara keluarga beliau.

En Ainurizam dianugerahkan 3 org anak yang mana kesemuanya masih belajar di IPTS. Beliau memang tidak mempunyai pendapatan untuk terus membeli makanan harian yang semakin mahal. Beliau tinggal bersama isteri yang juga tidak dapat bekerja oleh kerana membantu untuk menjaga makan minum serta segala penjagaan dan rawatan kesihatan.

Insya Allah dengan bantuan yang Tuan/Puan berikan bersama-sama dengan DLM, kita mungkin dapat meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga En Ainurizam. Segala kebaikan dan pertolongan yang Tuan/Puan berikan kami ucapkan Jazakallahu khairan kathira.

Slide 2

Keluarga Pn Roziyah

Pn Roziyah adalah seorang suri rumah manakala suaminya bekerja makan gaji dan dibayar gaji harian. Oleh kerana masalah kewangan semakin meruncing, Pn Roziyah mengambil keputusan untuk berniaga makanan secara kecil-kecilan. Beliau membuka sebuah warung kecil di hadapan rumahnya. Niatnya untuk membantu suaminya dan membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih bersekolah.

Walaupun gigih berniaga, namun pendapatan dari perniagaan masih belum dapat menampung perbelanjaan harian. Hasil pendapatan dari perniagaannya tidak dapat digunakan untuk membuat modal pusingan kerana harga barangan mentah yang meningkat naik.

Setelah DLM menemuduga beliau, DLM bertekad untuk membantu Pn Roziyah untuk berdikari. Kami yakin kita boleh membantu beliau jika kita sama-sama hulurkan bantuan untuk mereka, InsyaAllah.

Baca strategi DLM untuk membantu keluarga Pn Roziyah di sini

Tuan/Puan yang dirahmati Allah, terimakasih kerana sudi membaca strategi kami.

“Barangsiapa yang mempermudahkan urusan merek yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya didunia dan akhirat” (Hadith Riwayat Muslim)

Slide 2

Keluarga En Abdul Malek

Keluarga En Abdul Malek Md Yusof tinggal di Senawang, Negeri Sembilan. Keluarganya terdiri dari empat orang ahli keluarga. En Abdul Malek, isterinya dan 2 lagi anak mereka.

En Abdul Malek bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji sebanyak RM1500 sebulan. Isterinya pula adalah seorang OKU setelah menghidap angin ahmar pada 2017.

En Abdul Malek masih mempunyai dua orang anak dibawah tanggungannya. Anak pertama yang bakal menyambung pengajian peringkat sarjana dan seorang lagi anak yang masih menuntut di Sekolah Menengah (Tingkatan 2).

Keluarga En Abdul Malek menerima bantuan Baitulmal untuk kos perubatan dan barangan perubatan isterinya. Namun disebabkan kos sara hidup yang meningkat, jumlah yang diterima tidak mencukupi untuk membayar kesemua komitmen lain atau kos barangan dapur.

Insya Allah, dengan komitmen dan bantuan yang Tuan/Puan hulurkan, kita dapat sedikit sebanyak membantu keluarga En Malek serta meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau. DLM ucapkan jazaakumullahu khairan katsir

previous arrow
next arrow